Friday 20 January 2012

KEUNGGULAN SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

1 . KELUARGA RASULULLAH SAW

 Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW. Beliau ialah sepupu dan menantu Baginda Rasulullah SAW. Semenjak kecil beliau tinggal dengan Rasulullah SAW dan dididik oleh Baginda. Sebab itulah banyak mewarisi keperibadian dan  akhlak Rasulullah SAW. Beliau amat cinta akan Rasulullah SAW. Beliau sentiasa disisi Rasulullah SAW pada masa suasah dan senang, semasa perang da damai dan semasa Rasulullah SAW sakit hinggalah ke akhir hayat Baginda.   


2 . KANAK-KANAK PERTAMA MEMELUK ISLAM

 Saidina Ali memeluk Islam ketika berumur 10 tahun dan merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. Terkenal dengan panggilan "KARRAMAH ALLAH WAJHAH" yang bermaksud Allah SWT memuliakan wajahnya. Ini kerana beliau tidak pernah menyembah berhala sejak kecil dan tidak pernah dikotori oleh kebururkan jahiliah. Beliau amat mentaati Rasulullah SAW dan tidak pernah membantah baginda. Beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin syurga.


3 . CENDIAKAWAN ULUNG

 Saidina  Ali bin Abu Talib R.A terkenal dengan ilmu pengetahuannya dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera. ilmu hisab dan kehakiman sehinnga belia digelar gedung ilmu seperti yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bersabda :

"Saya gedung ilmu daa Ali pintunya. Sesiapa yang hendak menuntu ilmu, maka masuklah melalui pintu itu".


4 . PEMUDA YANG BERANI

 Saidina Ali Bin Abu Talib R.A terkenal dengan sifat gagah dan berani di medan perang. Beliau menggunakan pedangnya yang bernam 'zul faqor' dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali peperangan tabuk. Semasa peperangan khondak Saidina Ali telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan quraisy yang bernama A'mru bin Waid. Saidina Ali telah berjaya mengalahakan A'maru yang lebih berpengalaman daripadanya.


5 . PEMRINTAH YANG ADIL DAN KREATIF

 Saidina Ali telah dilantik oleh Rasulullah SAW menjadi hakim di negeri Yaman. Beliau melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam, menubuhkan pasukan polis dan diberi nama ' Al-Syurtah', menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum pernah ditubuhkan oleh khalifah-khalifah sebelumnya.

No comments:

Post a Comment