Friday, 20 January 2012

SEBAB-SEBAB BERLAKU PEPERANGAN PADA ZAMAN SAIDINA ALI

 Peperangan pada zaman Saidina ali berpunca daripada perancangan jahat kaum munafiqin diketuai oleh Abdullah Bin Saba'. mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diaturkan oleh Saidina Ali. Contohnya dalam peperangan Jamal , tentera Saidina ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan Saidina Tolhah dan Saidina Al-Zubair Bin Al-A;wam untuk berdamai. Pada malam tersebut , kaum muslimin tidur nyenyak diulit rasa perdamaian dan perpaduan , tetapi kaum munafiqinberasa gelisah. mereka membuat perancangan jahat untuk  mencetuskan peperangan antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya tercetuslah peperangan Jamal yang turut disertai oleh Am-Almu'minin Saidatina A'isyah R.A.
PENGORBANAN DAN JASA SAIDINA ALI  BIN ABU TALIB 

  • Jurutulis perjanjian hudaibiyyah
  • Mengetahui misi dakwah di hamadan (a'rak)
  • Mengembangkan ilmu Islam
  • Penasihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khulafa' Ar-Rasyidin
  • Penulis wahyu
  • Menjadi hakim di Yaman
  • Menerima jawatan khalifah dalam keadaan negara huru-hara
  • Berusaha menyatukan umat Islam yang sedang berpecah
KEUNGGULAN SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

1 . KELUARGA RASULULLAH SAW

 Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW. Beliau ialah sepupu dan menantu Baginda Rasulullah SAW. Semenjak kecil beliau tinggal dengan Rasulullah SAW dan dididik oleh Baginda. Sebab itulah banyak mewarisi keperibadian dan  akhlak Rasulullah SAW. Beliau amat cinta akan Rasulullah SAW. Beliau sentiasa disisi Rasulullah SAW pada masa suasah dan senang, semasa perang da damai dan semasa Rasulullah SAW sakit hinggalah ke akhir hayat Baginda.   


2 . KANAK-KANAK PERTAMA MEMELUK ISLAM

 Saidina Ali memeluk Islam ketika berumur 10 tahun dan merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. Terkenal dengan panggilan "KARRAMAH ALLAH WAJHAH" yang bermaksud Allah SWT memuliakan wajahnya. Ini kerana beliau tidak pernah menyembah berhala sejak kecil dan tidak pernah dikotori oleh kebururkan jahiliah. Beliau amat mentaati Rasulullah SAW dan tidak pernah membantah baginda. Beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin syurga.


3 . CENDIAKAWAN ULUNG

 Saidina  Ali bin Abu Talib R.A terkenal dengan ilmu pengetahuannya dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera. ilmu hisab dan kehakiman sehinnga belia digelar gedung ilmu seperti yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bersabda :

"Saya gedung ilmu daa Ali pintunya. Sesiapa yang hendak menuntu ilmu, maka masuklah melalui pintu itu".


4 . PEMUDA YANG BERANI

 Saidina Ali Bin Abu Talib R.A terkenal dengan sifat gagah dan berani di medan perang. Beliau menggunakan pedangnya yang bernam 'zul faqor' dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali peperangan tabuk. Semasa peperangan khondak Saidina Ali telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan quraisy yang bernama A'mru bin Waid. Saidina Ali telah berjaya mengalahakan A'maru yang lebih berpengalaman daripadanya.


5 . PEMRINTAH YANG ADIL DAN KREATIF

 Saidina Ali telah dilantik oleh Rasulullah SAW menjadi hakim di negeri Yaman. Beliau melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam, menubuhkan pasukan polis dan diberi nama ' Al-Syurtah', menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum pernah ditubuhkan oleh khalifah-khalifah sebelumnya.
SIRAH AN-NABAWIYAH


SAIDINA ALI BIN ABU TALIB YANG BERANI


BIODATA




NAMA : ALI BIN ABU TALIB BIN ABDUL MUTALIB


TARIKH LAHIR : 10 TAHUN SEBELUM NABI MENJADI rASUL IAITU TAHUN 10 MASIHI


KETURUNAN : BANI HASYIM


TEMPAT LAHIR : DI DALAM KA'BAH DI MEKAH AL-MUKARRAMAH


JAWATAN : KHLIFAH YANG KEEMPAT DARAIPADA KHULAFA' AR-RASYIDIN


TARIKH MENJADI KHALIFAH : TAHUN 35 HIJRAH BERSAMAAN 655 MASIHI


TEMPOH MEMERINTAH : 4 TAHUN


TARIKH WAFAT : PADA 17 RAMADHAN TAHUN 41 HIJRAH BERSAMAAN 661 MASIHI


SEBAB KEWAFATAN : DIBUNUH OLEH ABDUL RAHMAN BIN MULJAM DI BANDAR KUFAH KETIKA DALM PERJALANAN KE MASJID UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH 


GELARAN  : ABU AL-HUSIN DAN ABU TUROB